Tuesday, 26 June 2012

Pertandingan Bowling Tertutup Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulim

24 Jun 2012- Jam 2.00 ptg.- Pertandingan  Bowling Tertutup Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulim telah berjaya dianjurkan seperti dirancang di Ole-ole Bowl Giant Kulim.Pertandingan ini melibatkan 21 team daripada 10 komuniti 1 Malaysia di daerah Kulim dan 1 team daripada Pejabat Penerangan Daerah Kulim.

Tahniah diucapakan kepada team yang berjaya memenangi pertandingan bowling pada tahun ini.
     JOHAN         : TEAM K1M KARANGAN A (1189 pin)
                             (Nizam, Somad &Shah)

     N. JOHAN    : TEAM K1M SEDIM A (1181 pin)
                             (Zulkifle,Razak & yazid)

     KETIGA       :TEAM TERAT BATU A(1143 pin)
                            (Mohd Fitri,Fadzeli &Bakhanurul)

Johan Pertandingan ini membawa pulang Piala Pusingan Pegawai Penerangan Daerah Kulim,piala iringan dan hamper.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En.Jamain Bin Seriat pegawai Penerangan Daerah Kulim.Saya bagi pihak urusetia mengucapkan tahniah dan terima kasih diatas kerjasama semua pihak baagi menjayakan pertandingan ini.

Sunday, 24 June 2012

Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Zakaria Bin Che Hat

3 Jun 2012- Kg Sg  Buluh Sedim- K1M Mukim Sedim mendapat berita yang amat menyedihkan  di atas pemergian Allahyarham Zakaria Bin Che Hat yang merupakan Tim.Pengerusi K1M Mukim Sedim yang sangat aktif.Beliau pernah memengang jawatan Pengerusi  Komuniti Bestari Mukim Sedim pada tahun 2004-2005 yang lalu.Allahyarham Zakaria Bin Che Hat atau lebih dikenali sebagia Cu Karia telah meninggal dunia pada umur 73 tahun akibat konflikasi jantung. Allahyarham juga merupakan pengerusi JKKKP Kg Sg Buluh,Pengerusi Tadika Kg Sg Buluh,Pengerusi Mentara Kg Sg Buluh.

Saya mewakili semua jawatankuasa K1M Mukim Sedim mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham dan kami semua mendoakan semoga roh allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. K1M Mukim Sedim juga menyampaikan sedikit  sumbangan berupa wang tunai kepada waris allahyarham iaitu Mohd Nor Zahari Bin Zakaria.