Sunday, 21 October 2012

BERITA TERKINI

SEDIM COOP MART BERSAMA PERBANKAN TANPA CAWANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL
TELAH MENAWARKAN KEMUDAHAN:
 
  1. PEMBAYARAN BIL UTILITI- TNB/SADA/ASTRO/IWK/CELCOM
  2. PENGELUARAN WANG TUNAI  MENGGUNAKAN KAD GIRO BSN
  3. SIMPANAN WANG TUNAI KE AKAUN BSN
  4. PEMBELIAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM
 
KEPADA AHLI KOPERASI SEDIM- SETIAP PEMBAYARAN  SATU BIL AKAN DIBERI INSENTIF RM0.10/BIL
 
 
KEMUDAHAN INI SEMUA UNTUK ANDA 

TERIMA KASIH TM

Pada 14 Oktober 2012. Persatuan Pencinta Alam Malaysia  bersama TM telah mengadakan program cintai alam di Sungai Sedim ,Kulim Kedah. Didalam program tersebut telah melibatkan penduduk kampung di Mukim Sedi m untuk bersama-sama program gotong royong membersihkan kawasan pelancongan sg sedim.

Disamping program tersebut, pihak TM telah bersetuju untuk menyumbangkan RM 5000.00 kepada penduduk Mukim Sedim bagi menaiktaraf paip air masyarakat di Mukim Sedim.Penghulu Mukim Sedim ..En Zulkifle Bin Omar telah menerima mok cek RM 5,000.00 daripada pihak TM semasa majlis penutupan program tersebut.

Semoga dengan sumbangan ini, paip air masyarakat dapat dinaktarafkan yang mana melibatkan 500 buah rumah.Saya mewakili penduduk mukim sedim mengucapkan terima kasih kepada TM dan persatuan pencinta alam Malaysia di atas urusan ini....kami amat mengalu-alukan bantuan daripada sesiapa sahaja.

Salam Aidil Adha

Saya mewakili semua ajk KIM Mukim Sedim ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat islam.Kami juga mendoakan semoga jemaah haji Malaysia tahun ini mendapat haji yang mabrur.Sempena Hari Raya Korban ini ..lapangkan masa kita untuk mengikuti ibadah korban yang dilakukan oleh saudara-mara kita...mudah-mudah kita mendapat hidayah daripada Allah supaya ditahun hadapan kita dapat bersama-sama menyertai ibadah korban ini.