Alhamdulillah.....rezeki penduduk sedim tahun ini bertambah apabila musim durian kembali....
Tahun ini semua pokok durian di sedim dipenuhi dengan buah-buah durian.kepada pengemar durian sedim jangan lepaskan peluang ini.sekali kena pasti nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Kepada pengujur peranginan sungai sedim jangan lupa 'mai pekena durian' bila badan panas terus beredam di sungai sedimmmmm.nmai jangan tak mai....
Saturday, 24 November 2012
Kaunter Bank Simpanan Nasional di Sedim
Maklum kepada Semua Penduduk di Mukim Sedim,Kulim Kedah.
Bank Simpanan Nasional akan membuka Kaunter di PTC -Sedim Coop Mart di Mukim Sedim seperti berikut:
tarikh : 20 November 2012
Masa: 10.00 pagi- 5.00 petang
tempat: Sedim Coop mart
semua dijemput hadir
Sunday, 21 October 2012
BERITA TERKINI
SEDIM COOP MART BERSAMA PERBANKAN TANPA CAWANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL
TELAH MENAWARKAN KEMUDAHAN:
- PEMBAYARAN BIL UTILITI- TNB/SADA/ASTRO/IWK/CELCOM
- PENGELUARAN WANG TUNAI MENGGUNAKAN KAD GIRO BSN
- SIMPANAN WANG TUNAI KE AKAUN BSN
- PEMBELIAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM
KEPADA AHLI KOPERASI SEDIM- SETIAP PEMBAYARAN SATU BIL AKAN DIBERI INSENTIF RM0.10/BIL
KEMUDAHAN INI SEMUA UNTUK ANDA
TERIMA KASIH TM
Pada 14 Oktober 2012. Persatuan Pencinta Alam Malaysia bersama TM telah mengadakan program cintai alam di Sungai Sedim ,Kulim Kedah. Didalam program tersebut telah melibatkan penduduk kampung di Mukim Sedi m untuk bersama-sama program gotong royong membersihkan kawasan pelancongan sg sedim.
Disamping program tersebut, pihak TM telah bersetuju untuk menyumbangkan RM 5000.00 kepada penduduk Mukim Sedim bagi menaiktaraf paip air masyarakat di Mukim Sedim.Penghulu Mukim Sedim ..En Zulkifle Bin Omar telah menerima mok cek RM 5,000.00 daripada pihak TM semasa majlis penutupan program tersebut.
Semoga dengan sumbangan ini, paip air masyarakat dapat dinaktarafkan yang mana melibatkan 500 buah rumah.Saya mewakili penduduk mukim sedim mengucapkan terima kasih kepada TM dan persatuan pencinta alam Malaysia di atas urusan ini....kami amat mengalu-alukan bantuan daripada sesiapa sahaja.

Salam Aidil Adha
Saya mewakili semua ajk KIM Mukim Sedim ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat islam.Kami juga mendoakan semoga jemaah haji Malaysia tahun ini mendapat haji yang mabrur.Sempena Hari Raya Korban ini ..lapangkan masa kita untuk mengikuti ibadah korban yang dilakukan oleh saudara-mara kita...mudah-mudah kita mendapat hidayah daripada Allah supaya ditahun hadapan kita dapat bersama-sama menyertai ibadah korban ini.
Friday, 17 August 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Dikesempatan ini saya dan seluruh AJK KIM 1 Malaysia Mukim Sedim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri seluruh muslimin dan muslimat.Semoga Ramadhan yang berlalu kita semua mendapat rahmat dan lailatul qadar......amin.Saya juga menyeru akan kita belanja secara semua berbelanja secara berhemat.
Friday, 27 July 2012
Sedim Coop Mart
Maklumat kepada Semua Ahli KIM Mukim Sedim.
Pada 24 Julai 2012 -dengan rasminya Kedai Runcit Koperasi Pembangunan Sedim Kulim Berhad telah beroperasi. Lokasi kedai ini berada dihadapan Sek.Keb Seri Lindungan Raja, Mukim Sedim.Dikedai ini juga penduduk di Mukim Sedim boleh mendapatkan produk-produk barangan 1 Malaysia.Konsep Sedim Coop Mart ini untuk membantu ahli koperasi disamping mencari pendapatan kepada koperasi.
Selain itu, koperasi ini juga telah menjalankan 2 lagi perniagaan iaitu Kioks Koperasi dan Kedai Baja Koperasi. Kedua-duanya terletak di Kampung Desa Teruna , Mukim Sedim.
Untuk makluman juga, peluang untuk menjadi ahli koperasi ini masih lagi terbuka untuk penduduk Mukim Sedim dengan hanya RM10 untuk fee masuk dan minimum syer RM 100.00 sahaja.Pada tahun 2011 koperasi ini membayar sebanyak 15% dividen kepada ahlinya.

Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa
Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh ahli jawatankuasa KIM Mukim Sedim ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh muslim dan muslimat.Semoga kita semua memperbanyakkan ibadah dan membuang perkara yang buruk.Ingat jangan membazir di bulan ramadhan ini dan amalkan amalan jimat cermat.
Tuesday, 17 July 2012
PROGRAM PENGHAYATAN 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KULIM
14 JULAI 2012-Jawatankuasa K1M Mukim Sedim mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta team futsal, team bola jaring, semua ahli yang menjayakan program penghayatan 1Malaysia bagi mewakili KIM Mukim sedim.
K1M Mukim Sedim juga mengucapkan tahniah kepada Pejabat Penerangan Daerah Kulim di atas penganjuran program ini.
K1M Mukim Sedim juga mengucapkan tahniah kepada Pejabat Penerangan Daerah Kulim di atas penganjuran program ini.
Tuesday, 26 June 2012
Pertandingan Bowling Tertutup Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulim
24 Jun 2012- Jam 2.00 ptg.- Pertandingan Bowling Tertutup Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulim telah berjaya dianjurkan seperti dirancang di Ole-ole Bowl Giant Kulim.Pertandingan ini melibatkan 21 team daripada 10 komuniti 1 Malaysia di daerah Kulim dan 1 team daripada Pejabat Penerangan Daerah Kulim.
Tahniah diucapakan kepada team yang berjaya memenangi pertandingan bowling pada tahun ini.
JOHAN : TEAM K1M KARANGAN A (1189 pin)
(Nizam, Somad &Shah)
N. JOHAN : TEAM K1M SEDIM A (1181 pin)
(Zulkifle,Razak & yazid)
KETIGA :TEAM TERAT BATU A(1143 pin)
(Mohd Fitri,Fadzeli &Bakhanurul)
Johan Pertandingan ini membawa pulang Piala Pusingan Pegawai Penerangan Daerah Kulim,piala iringan dan hamper.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En.Jamain Bin Seriat pegawai Penerangan Daerah Kulim.Saya bagi pihak urusetia mengucapkan tahniah dan terima kasih diatas kerjasama semua pihak baagi menjayakan pertandingan ini.

Sunday, 24 June 2012
Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Zakaria Bin Che Hat
3 Jun 2012- Kg Sg Buluh Sedim- K1M Mukim Sedim mendapat berita yang amat menyedihkan di atas pemergian Allahyarham Zakaria Bin Che Hat yang merupakan Tim.Pengerusi K1M Mukim Sedim yang sangat aktif.Beliau pernah memengang jawatan Pengerusi Komuniti Bestari Mukim Sedim pada tahun 2004-2005 yang lalu.Allahyarham Zakaria Bin Che Hat atau lebih dikenali sebagia Cu Karia telah meninggal dunia pada umur 73 tahun akibat konflikasi jantung. Allahyarham juga merupakan pengerusi JKKKP Kg Sg Buluh,Pengerusi Tadika Kg Sg Buluh,Pengerusi Mentara Kg Sg Buluh.
Saya mewakili semua jawatankuasa K1M Mukim Sedim mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham dan kami semua mendoakan semoga roh allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. K1M Mukim Sedim juga menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada waris allahyarham iaitu Mohd Nor Zahari Bin Zakaria.

Thursday, 31 May 2012
Sejarah Sek.Keb Seri Lindungan Raja,Mukim Sedim,Kulim Kedah
Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja terletak di tepi jalan raya antara Kampung Tebuan, Sedim dengan Kampung Lindungan Raja dan kedudukannya 30km dari bandar Kulim. Sekolah ini pada awalnya diberikan nama Sekolah Kebangsaan Sedim dan telah didirikan pada 1 Jan 1958 di atas tanah seorang penduduk kampung iaitu Pak Teh Hamid. Tanah tersebut telah dibeli oleh pihak kerajaan untuk membina sekolah tersebut. Nama sekolah ini diambil bersempena dengan mukim kampung ini iaitu Mukim Sedim.
Pada tahun 1966, bilangan murid bertambah kepada 100 orang. Jumlah tenaga pengajar juga bertambah kepada 7 orang dibawah pimpinan seorang guru besar iaitu Encik Hamid. Pada masa itu sekolah mempunyai seorang tukang kebun dan seorang kerani pejabat.
Pada tahun 1991, infrastruktur dan kemudahan sekolah dilengkapi dengan kantin, surau, bilik darjah, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, pejabat, tandas dan lain-lain. Jumlah murid pada masa itu meningkat kepada 300 orang dan kakitangan sekolah 30 orang termasuk guru dan bukan guru. Pada tahun 2002, pembinaan dua blok bangunan sekolah yang baru dijalankan. Pemindahan dari blok bangunan lama ke bangunan baru tersebut telah dijalankan pada bulan Disember 2002 dan dapat digunapakai sepenuhnya pada awal januari 2003. Namun demikian bilim darjah Prasekolah, Pendidikan Khas, Pemulihan dan bilik Bimbingan dan Kaunseling kekal di bangunan lama.
Pada tanggal 6 Mei 2003, Sekolah Kebangsaan Sedim telah ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja dengan suara majoriti hasil cadangan ususl cikgu Junid bin Mahamood dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 yang diadakan pada 25 Mei 2002. Ketika itu jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja dipangku oleh Tuan Haji Md.Fuzi bin Hashim Penolong Kanan 1 Pentadbiran. Nama sekolah yang baru ini diambil bersempena denga sejarah persembunyian Kesultanan Melayu Kedah daripada keganasan tentera Jepun di Kampung Lindungan Raja iaitu bersebelahan dengan sekolah ini. Logo lama sekolah ini telah ditukarkan dengan logo baru yang telah direkacipta oleh Cikgu Mohd Za'in bin Dahaman dan En.Mohd Anwar Ariffin. Pertukaran nama sekolah ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Saad, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim, Bandar Baharu pada tanggal 10 Oktober 2004. Pada tahun 2004, satu blok daripada tiga blok bangunan lama diambil oleh Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Kedah untuk dijadikan sebagai Pusat Kokurikulum di daerah Kulim/Bandar Baharu. Ini memandangkan kedudukan strategik sekolah ini berdekatan dengan Lata Arus Deras Sedim yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Friday, 27 April 2012
BURUNG ENGGANG DI SEDIM
SEKIRANYA ANDA DATANG BERKUNJUNG KE HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM......ANDA AKAN BERASA BERTUAH SEKIRANYA DAPAT MELIHAT BURUNG ENGGANG DI SG SEDIM......TAK SEMUA ORANG BERPELUANG MELIHAT BURUNG INI......
Monday, 23 April 2012
Ikan Talapia Gunung
Kepada pengemar ikan talapia,bolehlah datang ke sedim mai pekena ikan talapia gunung.isi ikan talapia gunung ini tidak berbau hanyir dan pasti menambat hati pengemar ikan talapia ini.
Selain itu.kepada penternakan ikan juga boleh melihat sendiri bagaimana ikan talapia gunung ini di ternakan.disini juga kita menawarkan kursus pembenihan ikan talapian gunung.
mailah ramai-ramai ke sedimmmmm

Sunday, 22 April 2012
Pertandingan Bowling Antara K1M Di Daerah Kulim
Makluman kepada semua pengerusi K1M didaerah Kulim.
Pertandingan Bowling Antara K1M di daerah Kulim akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 13 Mei 2012
Masa : 2 petang
Tempat : Ole-Ole Bowling , Kulim
1 team : 3 orang sahaja(boleh campur lelaki @perempuan)
Setiap K1M dikehendaki menghantar 2 team.
Pertandingan ini adalah anjuran bersama K1M Mukim Sedim,K1M Mukim Karangan dan K1M Padang Meiha
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan urusetia K1M Mukim Sedim

Saturday, 21 April 2012
MK.Sedim FC
Tahniah kepada pasukan futsal Mk Sedim kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Futsal 2012 anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kulim .Pertandingan ini diadakan pada 21 April 2012 di ARENA Sport Kulim.Sebanyak 42 pasukan telah menyertai pertandingan futsal ini.
Keputusan penuh pertandingan futsal ini:
Tempat Pertama : Pasukan Arena
Tempat Kedua : LBFC
Tempat Ke 3 : Mk Sedim FC ( medal + wang tunai RM500)
Terima kasih kepada En. Aziz Ibrahim selaku pengurus pasukan kerana telah berjaya membentuk satu team futsal untuk Komuniti 1 Malaysia Mukim Sedim.Terima kasih semua........semoga kerjaya terus kita semua dapat digapai.
Monday, 16 April 2012
How To Get To Sungai Sedim
HOW TO GET TO SUNGAI SEDIM
The frothy fast flowing rapids at Sedim River Recreation Park near Karangan, 30km from Kulim, is a great eco-tourism draw for stressed-out minds and tired bodies.
Picnicking is a popular family activity here as the recreational park has basic
infrastructure and facilities such as chalets, changing rooms, public toilets and food stalls. Adventurous visitors can test their endurance by taking on the rapids with rafting, kayaking or canoeing while the less daring can opt for soft adventure activities like bird watching.
Strolling along the world's longest 925m long “Tree Top Walk” which is further into the park's forest.The canopy walk promises visitors a breathtaking aerial view of the rapids, some 50m below. During the walk amid the tree tops, lucky visitors may get to see various species of colorful small birds while enjoying the sounds of gushing rapids and jungle creatures. Other activities at the park include jungle trekking as there are a few jungle trails suitable for trekking.These trails lead to nearby peaks such as Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang and Banjaran Bintang.
HOW TO GET TO THE TREE TOP WALK SUNGAI SEDIM
30 minutes drive from Kulim Town;
1 ½ hours drive from Penang/ Penang International Airport via Penang
Bridge > Butterworth-Kulim Expressway (BKE) > Kulim Hi-Tech Park > Karangan > Sedim;
3 hours drive from Alor Setar;
5 hours drive from Kuala Lumpur via PLUS Highway> Exit Bandar Baharu
Toll > Serdang > Kulim Hi-Tech Park > Karangan > Sedim OR;
5 hours drive from Kuala Lumpur via
PLUS Highway > Exit Juru Toll > Butterworth-Kulim Expressway (BKE) > Kulim
Hi-Tech Park > Karangan > Sedim.
BY ROAD
From Kuala Lumpur - a 5 hour drive takes you to Kulim, then proceed 30 kms
to Karangan/Sedim (Please look up for Hutan Lipur Sungai Sedim signboard).
From Penang / Alor Setar- please take the Butterworth-Kulim Expressway (BKE),
exit Kulim Hi-Tech Park, proceed about 30 kms to Karangan/Sedim

Sunday, 15 April 2012
Thursday, 29 March 2012
Apakah Itu Komuniti 1Malaysia
1. LATAR BELAKANG
1.1. Mesyuarat Pasca Kabinet telah bersetuju supaya Komuniti Bestari dijenamakan semula kepada Komuniti 1Malaysia selari dengan Gagasan 1Malaysia.
1.2. Komuniti 1Malaysia adalah merupakan penjenamaan semula Komuniti Bestari yang telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia pada 19 Disember 2010 di Dataran Jubli Emas, Limbang, Sarawak .
1.3. Penubuhan ini adalah selaras dengan transformasi Jabatan Penerangan Malaysia yang menumpukan aspek Gagasan 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia Keenam.
2. DEFINISI KOMUNITI 1MALAYSIA
Sebuah pertubuhan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang di tubuh dan diselia oleh Jabatan Penerangan bagi memupuk nilai-nilai perpaduan.
3. KONSEP
Satu gerakan rakyat secara sukarela, dinamik dan berwawasan berasaskan semangat gagasan 1Malaysia .
4. LOGO
4.1. Konsep Logo
Konsep logo ini menggambarkan komuniti yang berpengetahuan, bermaklumat dan bersatupadu di mana sentiasa mengikut perkembangan semasa dan menyampaikan kepada masyarakat sekeliling.
Perkataan ‘Komuniti’ ditulis dalam huruf ‘Lucida Calligraphy’ bermaksud Kumpulan orang yang tinggal di sesuatu tempat atau masyarakat. Manakala 1MALAYSIA membawa maksud Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Keenam yang menjurus kepada perpaduan antara kaum di Malaysia.
Garisan biru yang melengkung membawa maksud kemajuan, kecekalan, perpaduan dan kerjasama antara kaum dalam menjaga keharmonian negara.
4.2. Keterangan Warna
Logo Komuniti 1MALAYSIA ini menggunakan 4 warna iaitu Biru, Kuning, Merah dan Hitam.
BIRU - Kerjasama antara komuniti dan perpaduan.
KUNING - Keikhlasan dan kedaulatan bangsa.
MERAH - Semangat jitu dan kental dalam menghasilkan kerja.
HITAM - Ketabahan, penerimaan dan semangat bersatupadu.
4.3. Ikon :
a. RAKAN PADU
b. RAKAN USAHAWAN
c. RAKAN IT
d. RAKAN BUDAYA
e. RAKAN HARMONI
a. RAKAN PADU
b. RAKAN USAHAWAN
c. RAKAN IT
d. RAKAN BUDAYA
e. RAKAN HARMONI
5. VISI
Komuniti 1Malaysia peneraju maklumat dan perpaduan rakyat.
6. MISI
Membentuk rakyat yang bermaklumat dan memperkasa perpaduan.
7. SLOGAN
“PENGGERAK TRANSFORMASI RAKYAT ”
8. OBJEKTIF
8.1. Memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di dalam komuniti.
8.2. Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari.
8.3. Meningkatkan ilmu pengetahuan.
8.4. Menjadi agen perubahan dalam komuniti.
9. DASAR PENUBUHAN
Penubuhan Komuniti 1Malaysia adalah berdasarkan konsep “Satu Mukim Satu Komuniti 1Malaysia”. Walau bagaimanapun bagi negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mengikut kaedah seperti berikut :
9.1. Satu KADUN dua Komuniti 1Malaysia ( Sabah dan Sarawak)
9.2. Satu Parlimen tiga Komuniti 1Malaysia (WP Kuala Lumpur )
9.3. Komuniti 1Malaysia mengikut zon ( WP Labuan )
10. STRATEGI PENUBUHAN
Tumpuan penubuhan baru di penempatan pelbagai kaum :
10.1. Kampung Baru
10.2. Estet
10.3. RPS Orang Asli (Semenanjung)
10.4. Taman-taman Perumahan (Kawasan Bandar)
10.5. Tanah Rancangan
10.6. Penempatan pelbagai etnik
11. PEMILIHAN JAWATANKUASA KOMUNITI 1MALAYSIA
Pembentukan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia hendaklah mengandungi ciri-ciri berikut iaitu :
11.1. Terdiri daripada 40 Ahli Jawatankuasa.
11.2. Berbilang bangsa / kaum.
11.3. Pelbagai peringkat umur.
12. TRANSFORMASI BIDANG UTAMA
KOMUNITI 1MALAYSIA | |
BIDANG UTAMA | IKON |
1. KETAHANAN DAN PERPADUAN NASIONAL. |
|
2. PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI. |
|
3. PERKONGSIAN MAKLUMAT (BUDAYA ILMU). |
|
4. KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (MERAKYATKAN SENI). |
|
5. INTERAKSI SOSIAL |
|
13. STRATEGI PELAKSANAAN
13.1. | BIDANG : KETAHANAN DAN PERPADUAN NASIONAL - RAKAN PADU |
Bertujuan memperkukuhkan semangat patriotik dan perpaduan bagi membina ketahanan nasional dalam kalangan rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.
Pembentukan Jawatankuasa
a. Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
ii. RELA
iii. RUKUN TETANGGA
iv. PEMADAM
v. JKKK/JKKKP
vi. Penegerusi Persatuan Penduduk, Pertubuhan Belia dan NGO yang berkaitan.
Bidang Tugas
a. Mengenalpasti isu-isu setempat.
b. Memberi maklumbalas dengan kadar segera ke atas isu-isu yang dikenalpasti.
c. Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan dan perpaduan seperti :
i. Semarak Merdeka.
ii. Aktiviti kenegaraan
iii. Taklimat Isu Semasa
iv. Ceramah
v. Dialog
13.2. | BIDANG : PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI - RAKAN USAHAWAN |
Bertujuan menimbulkan kesedaran dan minat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup dikalangan rakyat setempat
Pembentukan Jawatankuasa
a. Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
ii. Pengusaha Industri Kecil dan sederhana (IKS)
iii. Pengusaha Industri Ternakan
iv. Pengusaha Industri Pertanian
v. Pengusaha ‘Homestay’
vi. Pengusaha Industri Kraftangan dan yang berkaitan.
Bidang Tugas
a. Mengenalpasti pengusaha IKS setempat.
b. Menggalakkan penglibatan pengusaha kecil-ke4cilan dalam industri kecil dan sederhana (IKS).
c. Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan sosio ekonomi seperti :
i. Promosi produk tempatan
ii. Lawatan ke institusi seperti MARDI, FAMA dan lain-lain
iii. Membantu mendapatkan khidmat nasihat dan teknikal. Dari agensi yang berkaitan.
13.3. | BIDANG : PERKONGSIAN MAKLUMAT - RAKAN IT |
Menggalakkan rakyat berkongsi maklumat bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berperanan memberikan maklumbalas
Pembentukan Jawatankuasa
a. Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
ii. Pegawai Perpustakaan Desa
iii. Tenaga Pengajar Pusat Jalur Lebar.
iv. Guru sekolah
v. Pengusaha ICT (Telefon Bimbit dan Cyber Cafe)
vi. Bloggers
Bidang Tugas
a. Mengenalpasti isu-isu setempat.
b. Memberi maklumbalas dengan kadar segera ke atas isu-isu yang dikenalpasti.
c. Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan perkongsian maklumat seperti :
i. Penembusan Jalur Lebar.
ii. Ceramah berteraskan perlembagaan, Rukun Negara dan 1Malaysia.
iii. Pidato 1Malaysia.
iv. Jalinan Mesra antara Komuniti 1Malaysia.
v. Pameran agensi kerajaan
13.4. | BIDANG : KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (MERAKYATKAN SENI) - RAKAN BUDAYA |
Membantu mengenalpasti dalam mengekalkan warisan seni budaya negara melalui nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan rakyat.
Pembentukan Jawatankuasa
a. Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
ii. Persatuan Seni dan Kebudayaan
iii. Persatuan Seni Beladiri
iv. Kumpulan Nasyid/Marhaban
v. Pengusaha dan penggiat permainan tradisional.
Bidang Tugas
a. Mengenalpasti kebudayaan dan kesenian setempat yanag berpotensi untuk diketengahkan.
b. Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan seperti :
i. Pertandingan / Demonstrasi permainan tradisional.
ii. Seni beladiri tradisional setempat.
iii. Sukan akyat tradisional.
iv. Kesenian dan kebudayaan komuniti setempat.
v. Demonstrasi masakan tradisional
13.4. | BIDANG : INTERAKSI SOSIAL - RAKAN HARMONI |
Memupuk dan memperkukuhkan nilai-nilai semangat kejiranan, kerjasama, hormat-menghormati, permuafakatan dan penerimaan antara pelbagai kaum dan fahaman agama.
Pembentukan Jawatankuasa
a. Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
ii. Ketua-ketua rumah ibadat
iii. Pengerusi Persatuan Penduduk
iv. Pengerusi JKKK/JKKP.
v. Persatuan-persatuan suku kaum/agama.
Bidang Tugas
a. Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penerapan nilai-nilai kejiranan, kerjsama, hormat-mernghormati, pemuafakatan dan penerimaan pelbagai kaum dan fahaman agama seperti :
i. Hari Komuniti (Hari Keluarga)
ii. Sambutan Hari Perayaan
iii. Pemimpin Bersama Rakyat
iv. Program keagamaan
v. Forum Rakyat
vi. Kenduri Komuniti (Kenduri Kampung)
vii. Gotong-royong
viii. Khidmat Komuniti
14. PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNITI 1MALAYSIA
Bagi melaksanakan program di dalam Komuniti 1Malaysia, terdapat tiga pendekatan utama mengikut skala yang akan diambil iaitu :
14.1. Peringkat Negeri
Program Berskala Besar - Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri
a. Program berskala besar ini dikenali sebagai Program Harmoni Komuniti 1Malaysia.
b. Dilaksanakan di peringkat negeri dengan menggabungkan keseluruhan Komuniti 1Malaysia dalam negeri tersebut.
c. Program tersebut merangkumi lima bidang utama.
d. Sasaran bagi program ini melebihi 5,000 penglibatan rakyat pelbagai kaum.
e. Tempoh pelaksanaan program selama 2 hari.
f. Antara aktiviti berskala besar seperti Festival, Ekspo, Karnival Komuniti 1Malaysia.
14.2. Peringkat Daerah
Program Berskala Sederhana - Sepakat Komuniti 1Malaysia
a. Program berskala sederhana ini dikenali sebagai Program Sepakat Komuniti 1Malaysia.
b. Dilaksanakan di peringkat daerah dengan menggabungkan keseluruhan Komuniti 1Malaysia dalam daerah tersebut.
c. Program tersebut merangkumi lima bidang utama.
d. Sasaran bagi program ini melebihi 2,000 penglibatan rakyat pelbagai kaum.
e. Tempoh pelaksanaan program selama 2 hari.
f. Antara aktiviti berskala sederhana ialah Ekspo, Pameran dan Festival.
14.3. Peringkat Komuniti
Program Berskala Kecil – Info Komuniti 1Malaysia
a. Program berskala kecil ini dikenali sebagai Program Info Komuniti 1Malaysia.
b. Dilaksanakan di setiap Komuniti 1Malaysia.
c. Sasaran bagi program ini antara 300 hingga 500 penglibatan rakyat pelbagai kaum.
d. Tempoh pelaksanaan program selama 1 hari.
e. Antara aktiviti ialah pameran, sukan rakyat, kenduri kampung, persembahan kebudayaan dll.
14.4. Aktiviti Lain Dalam Komuniti
Pelaksanaan program peringkat Komuniti 1Malaysia (mukim) dikendalaikan secara bersama oleh Pengerusi dan Ahli Jawatanakuasa dengan melaksanakan aktiviti seperti :
a. Lawatan Sambil Belajar,
b. Aktiviti berbentuk keagamaan,
c. Hari-hari perayaan,
d. Aktiviti Kenegaraan,
e. Aktiviti Kebudayaan,
f. Aktiviti Pendidikan, dan
g. Aktiviti lain yang bersesuaian.
15. PROMOSI DAN PUBLISITI PROGRAM
Bagi melaksanakan program Komuniti 1Malaysia, promosi meluas melalui agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan dilaksanakan seperti berikut:
a. Media elektronik (TV dan radio)
b. Media cetak
c. Media baru (laman web, blog, facebook, twitter dsb)
d. Media bersemuka
e. Poster, kain rentang, gegantung, risalah, paparan dsb.
f. Hebahan umum
16. PENUTUP
Dengan transformasi Komuniti 1Malaysia ini, maka adalah diharapkan agar matlamat Gagasan 1Malaysia dapat dicapai melalui penglibatan pelbagai kaum dan etnik di seluruh negara dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan seterusnya mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian.
Subscribe to:
Posts (Atom)