Friday, 27 July 2012

Sedim Coop Mart

Maklumat kepada Semua Ahli KIM Mukim Sedim.

Pada 24 Julai 2012 -dengan rasminya Kedai Runcit Koperasi Pembangunan Sedim Kulim Berhad telah beroperasi. Lokasi kedai ini berada dihadapan Sek.Keb Seri Lindungan Raja, Mukim Sedim.Dikedai ini juga penduduk di Mukim Sedim boleh mendapatkan produk-produk barangan 1 Malaysia.Konsep Sedim Coop Mart ini untuk membantu ahli koperasi disamping mencari pendapatan kepada koperasi.

Selain itu, koperasi ini juga telah menjalankan 2 lagi perniagaan iaitu Kioks Koperasi dan Kedai Baja Koperasi. Kedua-duanya terletak di Kampung Desa Teruna , Mukim Sedim.

Untuk makluman juga, peluang untuk menjadi ahli koperasi ini masih lagi terbuka untuk penduduk Mukim Sedim dengan hanya RM10 untuk fee masuk dan minimum syer RM 100.00 sahaja.Pada tahun 2011 koperasi ini membayar sebanyak 15% dividen kepada ahlinya.

0 comments:

Post a Comment