Maklumat kepada Semua Ahli KIM Mukim Sedim.
Pada 24 Julai 2012 -dengan rasminya Kedai Runcit Koperasi Pembangunan Sedim Kulim Berhad telah beroperasi. Lokasi kedai ini berada dihadapan Sek.Keb Seri Lindungan Raja, Mukim Sedim.Dikedai ini juga penduduk di Mukim Sedim boleh mendapatkan produk-produk barangan 1 Malaysia.Konsep Sedim Coop Mart ini untuk membantu ahli koperasi disamping mencari pendapatan kepada koperasi.
Selain itu, koperasi ini juga telah menjalankan 2 lagi perniagaan iaitu Kioks Koperasi dan Kedai Baja Koperasi. Kedua-duanya terletak di Kampung Desa Teruna , Mukim Sedim.
Untuk makluman juga, peluang untuk menjadi ahli koperasi ini masih lagi terbuka untuk penduduk Mukim Sedim dengan hanya RM10 untuk fee masuk dan minimum syer RM 100.00 sahaja.Pada tahun 2011 koperasi ini membayar sebanyak 15% dividen kepada ahlinya.
Friday, 27 July 2012
Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa
Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh ahli jawatankuasa KIM Mukim Sedim ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh muslim dan muslimat.Semoga kita semua memperbanyakkan ibadah dan membuang perkara yang buruk.Ingat jangan membazir di bulan ramadhan ini dan amalkan amalan jimat cermat.
Tuesday, 17 July 2012
PROGRAM PENGHAYATAN 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KULIM
14 JULAI 2012-Jawatankuasa K1M Mukim Sedim mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta team futsal, team bola jaring, semua ahli yang menjayakan program penghayatan 1Malaysia bagi mewakili KIM Mukim sedim.
K1M Mukim Sedim juga mengucapkan tahniah kepada Pejabat Penerangan Daerah Kulim di atas penganjuran program ini.
K1M Mukim Sedim juga mengucapkan tahniah kepada Pejabat Penerangan Daerah Kulim di atas penganjuran program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)